Tuah sempat jumpa keluarga di Ipoh
Nak baca berita penuh boleh klik di sini BiPOP
Tuah Zoqarnain pula mendapat cuti pada hari raya pertama dan kembali bertugas di konti keesokannya. Jika dua tahun lalu, dirinya menyambut Syawal di Makkah bersama deejay Suria FM, Zizi, sebaliknya tahun ini, dia mahu meluangkan masa bersama keluarga di Ipoh, Perak.
"Raya orang bujang tidaklah semeriah mereka yang bekeluarga. Saya
tiada masalah dalam pembahagian jadual tugas. Kami mengambil cuti mengikut giliran, kalau tahun lepas bercuti bermakna tahun ini peluang tipis. Tahun lepas, saya berkerja, jadi tahun ini, saya boleh beraya dengan keluarga.
"Saya tidak kisah berulang-alik ke Ipoh kerana bukannya jauh. Selepas ke udara, saya akan sambung beraya. Jika orang lain rasa sunyi, tetapi saya tidak berkesempatan, mungkin kerana sibuk dengan tugas.
"Tidak dinafikan, telinga saya panas mendengar pertanyaan keluarga apabila 34 tahun tidak berkahwin lagi, malah ada yang menganggap saya `gay' dan macam-macam lagi. Tapi, biarlah hanya Tuhan yang tahu keadaan saya. Bukan saya tidak bersedia, tetapi jodoh belum sampai. Kalau kewangan tidak kukuh, saya fikir baiklah hidup bersendirian dulu. Tapi ini bukanlah bermakna gaji saya sebagai penyampai Suria FM tidak mencukupi, cuma belum sampai seru," katanya.
Monday, September 27, 2010
Saturday, September 11, 2010
Salam Aidilfitri drp TyZO
Assalamualaikum..followers...sebulan sudah kita menjalani ibadah puasa, kini tiba masanya untuk kita meraikan kemenangan ini....Tyzo ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin......
Subscribe to:
Posts (Atom)