Pages

Sunday, February 27, 2011

Gurauan Tuah Bawa Tuah

 Oleh Esme Johari Wahab (Harian Metro)


KATA pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.
Bagi penyampai Suria FM, Tuah Zoqarnain Idris, nama itu memberikan rezeki. Selain penyampai radio dan penyanyi, tawaran baru diterima Tuah menjadi pelakon bersama MIG Sdn Bhd.



...Tyzo menandatangani kontrak sebagai artis naungan MIG Talent...
(Gambar: Tuah Zoqarnain's Follower)




...video ekslusif  Tyzo @ MIG...
(Sumber: Tuah Zoqarnain's Follower)

Tiada lebih menggembirakan menerima lamaran beraksi di depan kamera melalui kontrak artis lakonan selama lima tahun. Apa lebih uniknya, semuanya hanya bermula dengan gurauan untuk menjadi pelakon tambahan terhadap produser, David Teo, kira-kira tiga tahun lalu.



Sebelum ini, Tuah anggota terbaru menyertai band moderate rock, Pagi Band. Dia merakam lagu Jeritan bersama vokalis bersama vokalis rock yang juga penulis buku, Razzi Rahman dan jutawan Internet, Irfan Khairi.

"Ketika itu, saya berseloroh kepada Davio Teo untuk mendapat watak pelakon tambahan. David membalas kalau betul hendak berlakon, saya mesti serius dan bukan suka-suka untuk kejar glamor.



...Keratan akhbar Harian Metro...

"Tiga minggu lalu, saya terkejut apabila David benar-benar memanggil dan meminta mengikat kontrak dengan syarikatnya untuk tempoh lima tahun. Saya gembira kerana kontrak itu tidak menghalang tugasan sebagai penyampai Suria FM dan anggota Pagi Band. "Lebih menggembirakan, kontrak tidak menghalang berlakon dengan syarikat produksi lain. Dengan kelonggaran ada, saya dapat membahagikan tugas.




"Saya anggap inilah sebenarnya tuah, kebetulan macam nama saya. Ia memang rezeki, selagi mampu mengasah bakat," katanya. Karier seni Tuah bermula menerusi Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1997 sebelum menjadi pengacara. Tuah berjinak dalam bidang lakonan memegang watak sampingan bersama Fasha Sandha dalam Shhh The Movie pada 2002. Dia memegang watak Alfi dalam filem arahan Aziz M Osman bertajuk Kawan, bergandingan bersama adik-beradik kembar, Ain serta Ekin selain penyampai Hot FM, Ikhwan. Selain itu, Tuah pernah terbabit dalam telemovie Jalan Pintas panggung RTM yang meraih anugerah.

Selaku penyampai, Tuah mengendalikan segmen 50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti Suria FM dari jam 8 malam hingga 11 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.




Masih solo, begitu meminati gajet, perkakasan, kamera digital dan produk berasaskan teknologi. Selain itu, dia bukan jenis cerewet terutama terhadap jenama digunakan dalam kehidupan seharian terutama pakaian.

Bercakap mengenai watak idaman dalam lakonan, Tuah teringin pegang watak yang boleh menimbulkan kebencian penonton.


"Watak antagonis rasanya lebih menarik, seperti perampas kekasih orang, anak derhaka, kaki fitnah, penyangak atau banduan. Watak sebegitu memang mencabar dan baru rasa macam berlakon," katanya.


Pada masa sama, Ketua Pegawai Operasi (C0O) Suria FM, Azrullah Mohd Nor, berkata pihaknya tidak menghalang Tuah mengembangkan kerjayanya ke peringkat lebih tinggi.


"Saya sudah melihat dia menjadi pengacara, pelakon, penyampai dan penyanyi. Lagipun, Tuah seorang berbakat dan menunjukkan minat tinggi terhadap kerjaya. "Kami di Suria FM memberi dorongan serta sokongan. Kami ucapkan tahniah dan selamat berjaya," katanya.



-Posted by ADMIN-

0 comments:

Post a Comment